PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)

PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)
PENGAJIAN AM PENGGAL 1/2012

JOIN FACEBOOK PENGAJIAN AM

Dapatkan soalan-soalan percubaan dari semua negeri di Group Pengajian Am di www.facebook.com/groups/166833553374513/

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

SOALAN RAMALAN KELUAR

SOALAN RAMALAN KELUAR

INFO TERKINI MAKLUMAT SENSASI

KURSUS PENYEBARAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM 2012 NEGERI JOHOR, 23-24 APRIL 2012

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

Selasa, 22 Februari 2011

CONTOH SOALAN:
Bandaraya Bersejarah Melaka telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bincangkan kesan daripada pengiktirafan tertinggi tersebut kepada negara Malaysia.

Apakah maksud Tapak Warisan Dunia UNESCO?

7 Julai 2008 merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi negara kita. Pada tarikh ini, dua tempat bersejarah di negara kita iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD) bagi kategori bandaraya (Bandaraya Warisan Dunia - BWD). Pengiktirafan ini dilakukan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sebelum ini, pada tahun 2000, Taman Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia bagi kategori alam semula jadi.
Tahukah adik-adik apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’? Apakah kelebihan tapak ini dan apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapat pengiktirafan tersebut?

Definisi Tapak Warisan Dunia (TWD)
Tapak Warisan Dunia bermaksud sesuatu yang mengandungi nilai sejarah yang tinggi, yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Misalnya hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks dan bandar.

Pemilihan Tapak Warisan Dunia
Pemilihan Tapak Warisan Dunia tertakluk di bawah Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO. Program ini ditadbir oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO yang terdiri daripada 21 buah negara.

Apabila kerajaan Malaysia menghantar pencalonan ke atas Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown untuk dinilai oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO, kesemua 21 buah negara yang terlibat telah bersetuju mengiktiraf kedua-dua bandaraya ini sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Nota: UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945 bagi mempromosi inisiatif kerja sama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan. Badan mempunyai 190 negara ahli termasuk Malaysia.

Kepentingan Tapak Warisan Dunia
Apabila sesuatu warisan itu telah diiktiraf sebagai TWD, hal ini akan dapat meninggikan lagi nilai khazanah warisan itu. Warisan tersebut akan dilindungi sepenuhnya dan dipelihara keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi seterusnya.

Apabila kerajaan negara kita telah mendapat pengiktirafan TWD bagi Melaka dan Georgetown, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan kedua-dua tempat ini terus terpelihara dan dapat mengekalkan status tersebut. Jawatankuasa tersebut, yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan untuk Tapak Warisan Dunia Melaka dan Georgetown, dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Jawatankuasa inilah yang bertindak memelihara dan memulihara kedua-dua Tapak Warisan Dunia tersebut daripada segala bentuk tindakan yang boleh merosakkan nilai sejarah yang ada sehingga menyebabkan pengiktirafan tersebut ditarik balik oleh UNESCO.

Sekiranya status tersebut ditarik balik, hal ini merupakan kerugian kepada negara kerana tapak itu tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada para pelancong, manakala generasi akan datang tidak lagi dapat menatap sejarah yang pernah berlaku di negara mereka.

Bagi memastikan Tapak Warisan Dunia dijaga dan dipelihara dengan rapi, Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO sentiasa membuat lawatan dari semasa ke semasa ke tapak-tapak tersebut.

Pemilihan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia
Adik-adik, untuk mendapat status Tapak Warisan Dunia bukanlah perkara yang mudah. Kerajaan Malaysia sendiri telah berusaha sejak tahun 2001 supaya Melaka dan Georgetown diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Selepas tujuh tahun, barulah negara kita menerima pengiktirafan tersebut, iaitu setelah semua ciri-ciri yang diperlukan berjaya dipenuhi.

Apakah keistimewaan Melaka dan Georgetown sehingga berjaya dipilih sebagai Bandaraya Warisan Dunia?
Melaka dan Georgetown sememangnya mempunyai ciri-ciri sejarah yang istimewa. Melaka dan Georgetown merupakan bandar di pinggir Selat Melaka yang telah dibangunkan sejak lebih 500 tahun dahulu sebagai pusat pertukaran barangan dan budaya antara Timur dan Barat.

Pengaruh Asia dan Eropah dapat dilihat di bandar ini sehingga ke hari ini, sama ada secara langsung dan tidak langsung. Pengaruh ini dapat dilihat pada bangunan, tempat ibadah dan kubu yang dibina.

Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6 hektar. Kawasan ini melibatkan zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada bangunan-bangunan kerajaan, muzium, gereja dan kubu tinggalan Portugis dan Belanda serta Bukit Cina, serta kawasan kediaman dan kawasan zon perniagaan bersejarah yang merangkumi 600 rumah kedai, premis perniagaan dan bangunan tempat tinggal, rumah-rumah ibadat dan makam-makam.

Bukit St Paul, Melaka

Manakala di Georgetown, kawasan yang dipilih ialah kawasan seluas 259.4 hektar. Kawasan ini termasuk Lorong Love, Pengkalan Weld Lebuh Pantai, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Light, Lebuh Bishop, Lebuh Pasar serta beberapa lebuh lain.

Komitmen Kerajaan dan Rakyat
Kita harus berbangga dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Dengan itu, wajarlah kita menyintai tanah air kita terutamanya khazanah warisan negara yang cukup tinggi nilainya di kedua-dua tempat ini. Maka, bersama-samalah kita memulihara khazanah ini supaya pengiktirafan ini kekal sampai bila-bila.

0 comments:

Catat Ulasan

10 Tahun Bersama Cikgu hj Wahid Bilaji - Terima Kasih Cikgu! Slideshow: Razali’s trip from Johor, Malaysia to Kluang was created by TripAdvisor. See another Kluang slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
 
 
 

LAMAN PEMINAT

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6
Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan 6 Johor