PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)

PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)
PENGAJIAN AM PENGGAL 1/2012

JOIN FACEBOOK PENGAJIAN AM

Dapatkan soalan-soalan percubaan dari semua negeri di Group Pengajian Am di www.facebook.com/groups/166833553374513/

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

SOALAN RAMALAN KELUAR

SOALAN RAMALAN KELUAR

INFO TERKINI MAKLUMAT SENSASI

KURSUS PENYEBARAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM 2012 NEGERI JOHOR, 23-24 APRIL 2012

TINGKATAN 6 DIJENAMAKAN SEMULA

Isnin, 6 Julai 2009

Kelas Tingkatan Enam di seluruh negara akan diasingkan atau dipindahkan dari sekolah menengah biasa ke sekolah khas sejajar penjenamaan semula yang akan dilaksanakan terhadap sistem pelajaran pada peringkat itu.

Langkah mengasingkan atau memindahkan Tingkatan Enam ke sekolah khas itu juga selaras dengan penjenamaan semula pelajar terbabit yang akan digelar mahasiswa dengan guru khusus disediakan bagi mereka seperti diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Kementerian Pelajaran akan melakukan penjenamaan semula terhadap pendidikan di Tingkatan Enam supaya lebih bercirikan sistem di universiti, termasuk memperkenalkan pembelajaran berbentuk kuliah dan tutorial.

Model yang sama telah berjaya dipraktikkan di Brunei, dengan setengah Tingkatan Enam mereka ditawarkan sama ada di sekolah khas atau pusat matrikulasi khas yang dikhususkan untuk Tingkatan Enam saja.Kementerian Pelajaran sedang berusaha ke arah merealisasikan langkah itu dan kekangan hanya dari segi peruntukan kewangan. Mereka percaya langkah penjimatan RM100 juta setahun yang sedang diambil kementerian akan membantu mewujudkan sekolah khas bagi pelajar tingkatan enam.

Langkah menaik taraf Tingkatan Enam selaras dengan statusnya sebagai pendidikan pra-universiti yang berperanan memperlengkapkan pelajar untuk menuntut ilmu dalam persekitaran institusi pengajian tinggi. Tingkatan Enam adalah kelas peralihan pelajar dari peringkat menengah ke peringkat tinggi jadi ia memerlukan persekitaran serta kemudahan khusus yang berbeza dengan sekolah menengah biasa.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, berkata kementerian sedang mengkaji alternatif ini dan sekarang sedang menunggu keputusan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tahun lalu, ada 180,630 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak memasuki Tingkatan Enam dengan kira-kira 127,879 memasuki aliran kemanusiaan, manakala 52,751 belajar dalam aliran sains.

TINGKATAN 6 : Kelebihannya?

SENARIO TINGKATAN ENAM SEMASA

Oleh
Hasbullah Hj Abu Kassim
Penolong Kaunselor Pentadbir, JPWP Kuala Lumpur

PENDAHULUAN

Keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA, 4 Mac 2003, menyatakan…, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon lepasan STPM & program Matrikulasi berbanding calon lepasan diploma untuk mengikuti kursus ijazah pertama di insitusi pengajian tinggi awam (IPTA)…, berdasarkan peraturan, jika calon lepasan diploma mempunyai keputusan peperiksaan yang sama dengan calon STPM dan Matrikulasi – maka KPM akan memberi tempat di IPTA kepada calon STPM dan Matrikulasi sahaja. Tambah KPM pula, pada tahun lalu lebih 16,500 lepasan diploma yang memohon mengikuti program ijazah pertama dan daripada jumlah tersebut hanya 3600 sahaja yang berjaya. Sementara itu, atlet sukan yang cemerlang dan pernah mewakili negara atau negeri akan diberi kelonggaran untuk memasuki IPTA berdasarkan kursus yang dipohon. Juga, KPM menyatakan 36,500 tempat bagi lepasan STPM 2002 untuk ke IPTA (Bertambah 11% tahun 2003 berbanding tahun 2002) dan ini menyebabkan persaingan sengit 17,00 lepasan Matrikulasi dan lulusan STPM yang berjumlah 40, 714 orang.

KELEBIHAN PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM

Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.

Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.

Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.

Syarat yang dikenakan untuk memasuki T6 juga mudah iaitu LULUS dalam SPM dengan KEPUJIAN 3 subjek termasuk BAHASA MELAYU serta berumur antara 17 hingga 20 tahun. Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN – calon mestilah memperolehi jumlah aggregat TIDAK MELEBIHI 8 unit bagi tiga subjek terbaik dan jurusan SAINS, calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dengan jumlah aggregat yang tidak melebihi 18 unit. ( Buletin KPM: WARTA PENDIDIKAN, Bil 2/1999 )

PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM
MATRIKULASI
Tempoh pengajian 3 semester
Sama
Aliran sains dan kemanusiaan
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Kos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Tidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A level
Kurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa Melayu
Sama
Pusat di sekolah seluruh negara
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

PENUTUP

Semoga dengan pendedahan ini akan meluaskan pengetahuan pelajar khususnya pelajar tingkatan 6 rendah yang baru mendaftar di sekolah ini. Yang terpenting, pelajar mempunyai semangat dan daya usaha yang kuat untuk berjaya dalam STPM.

Ingatlah, kejayaan seseorang pelajar dalam STPM itu bergantung kepada jumlah kapasiti USAHA pelajar itu sendiri – bukannya kepada faktor popular sesebuah sekolah ataupun nama sesebuah sekolah itu.

OK, TAHNIAH, SYABAS DAN SELAMAT DATANG KE ALAM FORM SIX !

10 Tahun Bersama Cikgu hj Wahid Bilaji - Terima Kasih Cikgu! Slideshow: Razali’s trip from Johor, Malaysia to Kluang was created by TripAdvisor. See another Kluang slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
 
 
 

LAMAN PEMINAT

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6
Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan 6 Johor