Soalan Melalui Email ( walinet@streamyx.com )
sory kalau mengganggu cikgu..
saya ada masalah sikit. keputusan trial saya amat teruk ckg.. saya hanya dapat 31.. saya salah konsep untuk bahagian E di mana saya hanya dapat 1markah. selain tu saya lemah dalam membuat bahagian A dan B.. jarang saya dapat 10markah ke ke atas..
bantulah saya cikgu..
Fatin (JB)
Kebanyakan pelajar sukar memahami kehendak soalan di Bahagian D dan E. Masalah anda seperti juga masalah Zul dari Kluang. Cikgu akan bantu anda dengan memberi kata kunci dan tips untuk mengenali kehendak dan konsep soalan Bahagian D dan E. Masalah Bahagian A dan B boleh diatasi dengan mengikut petua 5 jari yang ada cikgu jelaskan di link blog cikgu www.pam900stpm.blogspot.com Apa yang penting, Fatin perlu lebih banyak membaca dan cuba menjawab soalan-soalan yang cikgu kemukakan dalam blog ini.
4 comments:
Salam 1 Malaysia.
Teruskan usaha murni cikgu...adakala orang tak mengerti apa yang kita lakukan untuk mereka.
TQ
Salam.
Cikgu ada terbaca masalah anda di blog cikgu Razali. Cikgu cadangan saudari Fatin melawat laman web Pn. Lela http://pengajianam900.forumotion.com/index.htm?sid=60bf56f03de7f1f3cc1f6e6422a128f5 banyak tip untuk menjawab soalan dan contoh-contoh karangan bahagian A dan B telah diperbincangkan oleh pelajarnya. Saudari Fatin juga boleh melawat web Mr Goay Teck Chong
http://goaypastpm.wordpress.com/ .
Semoga dapat mmemperbaiki di baki masa sebelum exam sebenar. semoga berjaya.
TQ.
Nik Suhaimi Nik Jaafar
---------------------------------------------
Terima kasih Cikgu Nik Mie kerana sudi berkongsi maklumat bersama kami di blog ini.
tahniah cikgu...usaha tuan membuktikan wang bukan sandaran mencurah ilmu. akhir zaman ni - ilmu 'dijual' untuk duit, tapi tuan tak begitu.
Terima kasih kerana masih menghargai usaha murni cikgu. Namun cikgu kesalkan kerana ramai pelajar masih tidak menghargai pengorbanan yg cikgu berikan.
Catat Ulasan