Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan baik.
Kini, masalah mental menjadi salah satu ancaman utama kepada seluruh penduduk dunia dan penduduk Malaysia khususnya.
Daripada data yang diperoleh, sekurang-kurangnya seorang daripada sembilan penduduk di Malaysia mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap skizofrenia.
Golongan sakit mental merangkumi mereka yang gagal menyesuaikan diri dengan ketegangan dan gagal mengatasinya seperti masalah rumah tangga, ekonomi dan tekanan kerja.
Mereka yang gagal membuang tabiat merokok, meminum minuman keras, menghidu gam, mengambil dadah dan berjudi juga tergolong dalam pesakit mental.
Fakta Masalah mental merangkumi semua peringkat umur daripada kanak-kanak hingga peringkat tua.
Bagi kanak-kanak misalnya malu untuk makan dan ke tandas, takut ke sekolah dan hiperaktif juga termasuk dalam golongan mereka yang mengalami gangguan mental.
Bagi golongan tua pula, antara penyakit mental yang dikesan ialah nyanyuk dan mengalami kemurungan.
Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu yang pertama penyakit psikosis.
Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata.
Antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif. Kumpulan kedua ialah penyakit yang bukan psikosis atau neurosis.
Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita.
Apabila perasaan biasa ini dan tingkah laku tertentu berlaku secara tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan harian seseorang dan menjejaskan hubungan dengan orang lain, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis ini.
Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah ketakutan yang tidak berasas (fobia), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsesif kompulsif.
Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya.
Penyakit mental boleh berbeza dari segi jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian.
Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang.
Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.
Terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya masalah mental.
Faktor pertama yang menyumbang kepada masalah mental ialah faktor genetik dan keturunan.
Seseorang yang mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental berisiko tinggi untuk menghidap penyakit ini berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.
Terdapat kajian yang menunjukkan kebarangkalian 1:100 peluang untuk seseorang dalam keluarga mendapat penyakit skizofrenia jika ada dalam ahli keluarganya mengidap penyakit tersebut berbanding 1:10 dalam masyarakat umum.
Faktor kedua ialah gangguan bahan kimia dalam otak sebagai contoh penghasilan dopmin secara berlebihan menyebabkan masalah skizofrenia dan paras serotonim terlalu rendah menyebabkan masalah kemurungan.
Apabila bahan kimia dalam otak yang dikenali neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan berlaku. Faktor lain ialah jangkitan virus, sejarah hidup yang getir dan keadaan sosioekonomi yang rendah.
Selain itu, bagi tujuan rawatan pula terdapat beberapa jenis penyakit mental yang memerlukan rawatan segera seperti neurosis, penyakit mental organik seperti nyanyuk, gangguan personaliti, autism, hiperaktif, ketagihan dadah dan cubaan membunuh diri.
Antara rawatan yang sering digunakan bagi merawat penyakit-penyakit ini ialah psikoterapi dan kaunseling, rawatan psikotropik, rawatan tingkahlaku dan rawatan elektrokonvulsif.
01.Rawatan kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam dan rawatan ini diberikan secara pesakit luar.
02.Rawatan psikotropik menggunakan berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik dan digunakan untuk rawatan penyakit mental.
Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik.
01.Rawatan tingkahlaku pula memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Teknik releksasi merupakan satu contoh rawatan jenis ini.
02.Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius.
Pada masa kini, masyarakat mengangap mereka yang mengalami masalah mental sebagai satu ancaman kepada keselamatan mereka kerana akhbar sering melaporkan pelbagai kes amuk, bunuh dan gangguan-gangguan yang dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah mental.
Keadaan ini menyebabkan masyarakat membuat tanggapan negatif kepada mereka yang mengalami masalah mental ini tanpa mengkaji sebab mereka berkelakuan sedemikian.
Masyarakat tidak didedahkan secara sepenuhnya mengenai penyakit mental ini. Masyarakat hanya memandang pesakit mental adalah orang 'gila'.
Tetapi jika diperhatikan kembali hanya terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai pengetahuan mengenai masalah mental sahaja yang dapat menerima serta membantu para pesakit mental.
Peranan masyarakat dalam penerimaan golongan ini hanya boleh dicapai apabila setiap individu dalam masyarakat mempunyai pengetahuan mengenai penyakit mental secara umum.
Mungkin pendedahan ini boleh diberikan di peringkat sekolah memandangkan sekolah merupakan medium terbaik dalam penjanaan ilmu pengetahuan serta memupuk sikap para pelajar dan masyarakat.
Pesakit mental tidak seharusnya dipinggirkan oleh masyarakat kerana mereka yang mengalami masalah mental mempunyai peluang untuk pulih semula dan menjadi sebahagian daripada masyarakat.
Mereka sepatutnya diberi perhatian kerana ada dalam kalangan mereka mengalami tekanan dalam hidup yang berat sehingga mereka cenderung menghidap masalah mental.
Tiada siapa yang mahu membantu untuk meringankan beban hidup mereka.
Oleh itu, setiap individu perlu mengubah perspektif negatif mereka terhadap pesakit mental dan memberikan sokongan-sokongan yang diperlukan agar mereka tidak merasa terpinggir daripada kelompok masyarakat.
Sejak 1 Julai 2009 : Anda Pengunjung Ke
PELAJAR SEDANG ONLINE
TRANSLET BLOG INI
KOMPONEN PENGAJIAN AM
ANDA PENGUNJUNG KE
MAJALAH PILIHAN
ISU SEMASA PILIHAN
KUIZ KENEGARAAN PRA U 1
KUIZ KENEGARAAN PRA U 2
RUJUKAN AKHBAR ONLINE
-
China and HK may be barred from Asia Team meet4 tahun yang lalu
-
Marquez sambar petak pertama10 tahun yang lalu
-
PPS haram - Ahmad Zahid10 tahun yang lalu
-
-
-
BUKU RUJUKAN PILIHAN
1. Teks Efektif STPM Pengajian Am Kertas 1 (R.Kuberan, Foo Kok Man, Mohd Azami Ahmad) Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd
2. Effective Practice STPM Pengajian Am Kertas 2 (Thurai Raj, Y.Ponnusamy) Oxford Fajar Sdn Bhd
3. Effective Practice STPM Pengajian Am Kertas 1 (Mustapha Saud) Oxford Fajar Sdn Bhd
2. Effective Practice STPM Pengajian Am Kertas 2 (Thurai Raj, Y.Ponnusamy) Oxford Fajar Sdn Bhd
3. Effective Practice STPM Pengajian Am Kertas 1 (Mustapha Saud) Oxford Fajar Sdn Bhd
BUKU RUJUKAN ILMIAH
1. Kuasa-kuasa Polis Diraja Malaysia (Lembaga Penyelidik Undang-undang) International Law Book Services
2. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia (Noor Aziah Mohd Awal) International Law Book Services
3. Pengenalan Kepada Undang-Undang Komersial di Malaysia (Sakina Shaik Ahmad Yusoff) International Law Book Services 4. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia (INTAN) INTAN
5. Mahkamah Syariah di Malaysia – Pencapaian dan Cabaran (Ahmad Hidayat Buang) Penerbit Universiti Malaya
6. Abdullah Ahmad Badawi – 3 Tahun di Putrajaya (Sivamurugan Pandian) Utusan Publications
7. Dasar Luar Malaysia Era Dr Mahathir Mohamad (Mohd Nasran Mohamad) One Touch Creative Enterprise
8.Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia (Yusof Ismail) A.S. Noordeen
9. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia (Tun Mohd Salleh Abas) Dewan Bahasa dan Pustaka
10. Islam Hadhari Dalam Negara Islam (Abd Manaf b Hj Ahmad) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
11. Perlembagaan Persekutuan - MDC Publishers
2. Pengenalan Kepada Sistem Perundangan di Malaysia (Noor Aziah Mohd Awal) International Law Book Services
3. Pengenalan Kepada Undang-Undang Komersial di Malaysia (Sakina Shaik Ahmad Yusoff) International Law Book Services 4. Dasar-Dasar Pembangunan Malaysia (INTAN) INTAN
5. Mahkamah Syariah di Malaysia – Pencapaian dan Cabaran (Ahmad Hidayat Buang) Penerbit Universiti Malaya
6. Abdullah Ahmad Badawi – 3 Tahun di Putrajaya (Sivamurugan Pandian) Utusan Publications
7. Dasar Luar Malaysia Era Dr Mahathir Mohamad (Mohd Nasran Mohamad) One Touch Creative Enterprise
8.Dasar-Dasar Utama Kerajaan Malaysia (Yusof Ismail) A.S. Noordeen
9. Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia (Tun Mohd Salleh Abas) Dewan Bahasa dan Pustaka
10. Islam Hadhari Dalam Negara Islam (Abd Manaf b Hj Ahmad) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
11. Perlembagaan Persekutuan - MDC Publishers
KOLOKIUM NEGERI JOHOR 2011
JANJI KITA
JOIN FACEBOOK PENGAJIAN AM
Dapatkan soalan-soalan percubaan dari semua negeri di Group Pengajian Am di www.facebook.com/groups/166833553374513/
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI
SOALAN RAMALAN KELUAR
INFO TERKINI MAKLUMAT SENSASI
RAWATAN PEMULIHAN PENYAKIT MENTAL
Rabu, 13 Oktober 2010
Posted by RAZALI SAMAD at 8:15 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
10 Tahun Bersama Cikgu hj Wahid Bilaji - Terima Kasih Cikgu! Slideshow: Razali’s trip from Johor, Malaysia to Kluang was created by TripAdvisor. See another Kluang slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
0 comments:
Catat Ulasan