PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)

PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)
PENGAJIAN AM PENGGAL 1/2012

JOIN FACEBOOK PENGAJIAN AM

Dapatkan soalan-soalan percubaan dari semua negeri di Group Pengajian Am di www.facebook.com/groups/166833553374513/

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

SOALAN RAMALAN KELUAR

SOALAN RAMALAN KELUAR

INFO TERKINI MAKLUMAT SENSASI

KURSUS PENYEBARAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM 2012 NEGERI JOHOR, 23-24 APRIL 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Khamis, 26 November 2009

Cikgu ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pelajar cikgu yang beragama Islam. Semoga pengorbanan anda demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM tahun ini diberkati Allah SWT. Gunakanlah masa dengan sepenuhnya untuk menghadapi Kertas 1. Selamat Berjaya!

GRAF YANG TIDAK POPULAR DALAM STPM

Rabu, 18 November 2009

Berdasarkan pemerhatian cikgu, terdapat 3 graf yang disoal dalam STPM 4 tahun yang lalu. Graf tersebut ialah Graf Garis Memesong, Graf Garis Komponen dan Graf Bar Memesong. Bagaimana cara anda hendak mengenal pasti media tersebut?

Graf Garis Memesong / Cermin (2005)
Pastikan data menunjukkan adanya perubahan positif dan negatif
Contoh Soalan : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran kadar perubahan indeks harga pengguna di beberapa buah negara terpilih dari tahun 1999 hingga tahun 2003.

Graf Garis Komponen (1996)
Pastikan data menunjukkan pola perubahan / perubahan bilangan / jumlah
Contoh Soalan : Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan ekonomi negeri yang terpilih bagi tempoh 2001 hingga 2004

Graf Bar Memesong (2004)
Pastikan data menunjukkan adanya perubahan positif dan negatif
Contoh Soalan : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh antara tahun 2004 hingga tahun 2005.

TERSERAH PADAMU

Selasa, 17 November 2009

TERSERAH PADAMU. Cikgu ucapkan selamat menghadapi peperiksaan yang bermula pada hari Khamis, 18 Nov. 2009. Gunakanlah segala ilmu yang cikgu anda curahkan. Ingat... doa dan harapan cikgu sentiasa mengiringi anda semua. Ingat ... keberkatan doa dan harapan cikgu akan menyebabkan anda berjaya. Terima kasih kepada anda semua yang menghargai usaha cikgu dan menggunakan blog ini sebagai bahan rujukan.

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR PRA U 2

Sabtu, 14 November 2009















Jumaat, 13 Nov 2009 telah berlangsung Majlis Restu Ilmu untuk pelajar-pelajar Pra U2 Sekolah Tinggi Kluang. Penolong Kanan Tingkatan 6, Tuan Hj Baharudin Razali telah menyampaikan amanat yang terakhir. Beliau mengingatkan pelajar supaya terus belajar demi masa depan mereka. Kejayaan pelajar juga merupakan kejayaan sekolah. Beliau harap pada tahun ini STK kembali cemerlang seperti tahun 2003 (Terbaik Kebangsaan) dan 2007 (Terbaik Negeri).

SELAMAT "BERPERANG" WAHAI ANAK-ANAKKU

Jumaat, 13 November 2009

Pada tadi merupakan hari terakhir aku berpeluang bertemu dengan pelajar-pelajar. Mereka semua mula bercuti untuk persiapan peperiksaan STPM. Cikgu harap pelajar-pelajar cikgu dapat menggunakan blog ini sebaik mungkin sebagaimana anda semua memberi tumpuan semasa cikgu mengajar. Walaupun semasa bersalaman dengan anda semua pagi tadi, anda lihat cikgu tersenyum namun jauh di sudut hati, cikgu sangat risau. Adakah anda semua sudah bersedia?

KOLOKIUM KALI PERTAMA (SESI 2) 2009

Rabu, 11 November 2009

Tepat jam 1.15 ptg tadi, Rabu 11 Nov. 2009, Kolokium Kali Pertama (Sesi Ke 2) telah berakhir dengan jayanya. Pada hari ini sebanyak 11 kumpulan telah mempersembahkan hasil kajian masing-masing. Menurut kata Tuan Hj Baharudin Razali (PK Tingkatan 6), Kumpulan 16 telah membuat persembahan yang paling cemerlang.

KOLOKIUM KALI PERTAMA (SESI 1) 2009

Selasa, 10 November 2009

Kolokium Kali Pertama (Sesi 1) pelajar-pelajar Pra U Sekolah Tinggi Kluang telah berlangsung pagi tadi, Selasa, 10 Nov 2009. Sebanyak 12 kumpulan yang dianggotai 6 pelajar setiap kumpulan dari kelas Biologi telah membuat persembahan. Persembahan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.45 ptg. Secara keseluruhan, semua kumpulan membuat persembahan yang baik. Kolokium Kali Pertama ini dinilai oleh Tuan Hj Baharudin Razali (PK Tingkatan 6), En. Fauzan Ahmad (Ketua Unit Kemanusiaan), Puan Salbiah Mohd Nor (Ketua Panitia Pengajian Am) dan En. Razali Samad.

Maklumat lanjut akan dipaparkan dilink kolokium.

KENEGARAAN : KETUA AGAMA ISLAM

Rabu, 4 November 2009

Seorang pelajar bertegas menyatakan bahawa Yang DiPertua Negeri / Ketua Menteri adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Sumber yang diperolehi ketika mengikuti tuisyen itu agak membimbangkan saya dan warga pendidikan Pengajian Am.Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan perkara tersebut:

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

MENJELANG STPM 2009 : Bahagian D

Selasa, 3 November 2009

Ramai calon menulis skala yang salah untuk paksi X. Kelemahan calon ini menyebabkan markah menjadi 6/6. Calon sepatutnya memilih skala yang sesuai untuk paksi dan dicadangkan untuk memilih skala yang mudah dikira seperti 2,4,6 dan seterusnya.

Pastikan calon menulis 1cm = (berapa) dan menulis skala di paksi mengikut saiz 1 cm.

MENJELANG STPM 2009 : Bahagian C

Isnin, 2 November 2009

Ramai pelajar mengatakan bahawa Bahagian C iaitu Kefahaman dan Ulasan Teks merupakan bahagian yang mudah. Walaupun bahagian ini mempunyai soalan yang pendek cuma 20 markah penuh, namun begitu bahagian ini memainkan peranan penting menyumbang markah keseluruhan yang baik untuk anda.

Kelemahan calon di dalam bahagian ini ialah untuk soalan (i) ramai calon menulis dalam bentuk 2 ayat. Calon semestinya menulis jawapan menggunakan 1 ayat sahaja. Mengapa? Ayat kedua yang ditulis oleh calon tidak akan diperiksa atau dinilai oleh pemeriksa. Masa calon terbuang begitu sahaja...

Begitu juga soalan (ii). Ramai calon menulis jawapan lebih 50 patah perkataan. Calon seharusnya peka bahawa jawapan selebihnya tidak akan diperiksa oleh pemeriksa.

Ingat pesanan cikgu... work smart!

MENJELANG STPM 2009 : Bahagian A dan B

Salam sejahtera kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM. Mulai minggu ini, cikgu akan mengulas dan memberi beberapa panduan sebagai bekalan anda semua di dalam dewan peperiksaan kelak.

Ramai calon STPM lemah dalam Bahagian A dan B. Ramai calon mendapat markah 01 (menyeleweng penuh) kerana tidak mengikut kehendak soalan seperti soalan bertanyakan tentang "Pendatang Tanpa Izin" tetapi calon menulis berkaitan "Pekerja Indonesia".

Calon juga lemah dari segi mengenal pasti idea atau isi utama. Calon seharusnya melihat sesuatu idea itu secara keseluruhan sebelum fokus kepada huraian. Contohnya, calon menghuraikan jenis penyakit sebagai idea utama tetapi sepatutnya calon cuma perlu menulis "Penyakit" sebagai idea utama.

Calon juga tidak berjaya membuat kupasan atau penghujahan yang tidak bernas dan tidak kukuh. Calon lebih suka menulis ... dan sebagainya untuk mengelak daripada menulis contohh-contoh yang lain. Huraian juga kekurangan fakta dan maklumat terutamanya untuk laras sains yang memerlukan calon memberikan contoh yang ada kaitan dengan laras sains.

Ramai calon berjaya menulis esei dengan panjang melebihi 350 patah perkataan. Sebenarnya, calon hendaklah menulis esei tidak melebihi 350 patah perkataan kerana karangan yang selebihnya tidak akan diperiksa oleh pemeriksa.Menulis karangan yang panjang akan mencuri masa calon.

Akhir sekali, calon haruslah berlatih untuk menulis dengan tulisan yang kemas dan boleh dibaca. Kelemahan calon menulis dengan tulisan yang boleh dibaca akan mengakibatkan idea dan isi tidak dapat dikesan oleh pemeriksa.

Ingatlah, pendahuluan karangan yang menarik dan kesimpulan yang menarik dan relevan akan menjadikan karangan anda menarik minat pemeriksa untuk membaca....Selamat menjawab.

10 Tahun Bersama Cikgu hj Wahid Bilaji - Terima Kasih Cikgu! Slideshow: Razali’s trip from Johor, Malaysia to Kluang was created by TripAdvisor. See another Kluang slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
 
 
 

LAMAN PEMINAT

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6
Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan 6 Johor