PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)

PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)
PENGAJIAN AM PENGGAL 1/2012

JOIN FACEBOOK PENGAJIAN AM

Dapatkan soalan-soalan percubaan dari semua negeri di Group Pengajian Am di www.facebook.com/groups/166833553374513/

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

SOALAN RAMALAN KELUAR

SOALAN RAMALAN KELUAR

INFO TERKINI MAKLUMAT SENSASI

KURSUS PENYEBARAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM 2012 NEGERI JOHOR, 23-24 APRIL 2012

Kaedah Penyediaan Merit Untuk Calon Lepasan STPM:

Khamis, 3 Disember 2009

Tahukah anda bahawa markah Pengajian Am juga dikira untuk pemilihan pelajar ke IPTA? Di dalam sistem ini, mata nilai gred untuk setiap mata pelajaran diberikan dan nilai PNGK dihitung dengan mengambil kira purata nilai gred 4 mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am.

Cara Pengiraan PNGK

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Khamis, 26 November 2009

Cikgu ucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua pelajar cikgu yang beragama Islam. Semoga pengorbanan anda demi mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM tahun ini diberkati Allah SWT. Gunakanlah masa dengan sepenuhnya untuk menghadapi Kertas 1. Selamat Berjaya!

GRAF YANG TIDAK POPULAR DALAM STPM

Rabu, 18 November 2009

Berdasarkan pemerhatian cikgu, terdapat 3 graf yang disoal dalam STPM 4 tahun yang lalu. Graf tersebut ialah Graf Garis Memesong, Graf Garis Komponen dan Graf Bar Memesong. Bagaimana cara anda hendak mengenal pasti media tersebut?

Graf Garis Memesong / Cermin (2005)
Pastikan data menunjukkan adanya perubahan positif dan negatif
Contoh Soalan : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah ini, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan aliran kadar perubahan indeks harga pengguna di beberapa buah negara terpilih dari tahun 1999 hingga tahun 2003.

Graf Garis Komponen (1996)
Pastikan data menunjukkan pola perubahan / perubahan bilangan / jumlah
Contoh Soalan : Berdasarkan petikan di bawah, sediakan graf yang sesuai untuk menunjukkan kadar perubahan ekonomi negeri yang terpilih bagi tempoh 2001 hingga 2004

Graf Bar Memesong (2004)
Pastikan data menunjukkan adanya perubahan positif dan negatif
Contoh Soalan : Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan graf bar yang sesuai untuk menunjukkan peratusan perubahan kekosongan jawatan baru di Malaysia bagi tempoh antara tahun 2004 hingga tahun 2005.

TERSERAH PADAMU

Selasa, 17 November 2009

TERSERAH PADAMU. Cikgu ucapkan selamat menghadapi peperiksaan yang bermula pada hari Khamis, 18 Nov. 2009. Gunakanlah segala ilmu yang cikgu anda curahkan. Ingat... doa dan harapan cikgu sentiasa mengiringi anda semua. Ingat ... keberkatan doa dan harapan cikgu akan menyebabkan anda berjaya. Terima kasih kepada anda semua yang menghargai usaha cikgu dan menggunakan blog ini sebagai bahan rujukan.

MAJLIS RESTU ILMU PELAJAR PRA U 2

Sabtu, 14 November 2009















Jumaat, 13 Nov 2009 telah berlangsung Majlis Restu Ilmu untuk pelajar-pelajar Pra U2 Sekolah Tinggi Kluang. Penolong Kanan Tingkatan 6, Tuan Hj Baharudin Razali telah menyampaikan amanat yang terakhir. Beliau mengingatkan pelajar supaya terus belajar demi masa depan mereka. Kejayaan pelajar juga merupakan kejayaan sekolah. Beliau harap pada tahun ini STK kembali cemerlang seperti tahun 2003 (Terbaik Kebangsaan) dan 2007 (Terbaik Negeri).

SELAMAT "BERPERANG" WAHAI ANAK-ANAKKU

Jumaat, 13 November 2009

Pada tadi merupakan hari terakhir aku berpeluang bertemu dengan pelajar-pelajar. Mereka semua mula bercuti untuk persiapan peperiksaan STPM. Cikgu harap pelajar-pelajar cikgu dapat menggunakan blog ini sebaik mungkin sebagaimana anda semua memberi tumpuan semasa cikgu mengajar. Walaupun semasa bersalaman dengan anda semua pagi tadi, anda lihat cikgu tersenyum namun jauh di sudut hati, cikgu sangat risau. Adakah anda semua sudah bersedia?

KOLOKIUM KALI PERTAMA (SESI 2) 2009

Rabu, 11 November 2009

Tepat jam 1.15 ptg tadi, Rabu 11 Nov. 2009, Kolokium Kali Pertama (Sesi Ke 2) telah berakhir dengan jayanya. Pada hari ini sebanyak 11 kumpulan telah mempersembahkan hasil kajian masing-masing. Menurut kata Tuan Hj Baharudin Razali (PK Tingkatan 6), Kumpulan 16 telah membuat persembahan yang paling cemerlang.

KOLOKIUM KALI PERTAMA (SESI 1) 2009

Selasa, 10 November 2009

Kolokium Kali Pertama (Sesi 1) pelajar-pelajar Pra U Sekolah Tinggi Kluang telah berlangsung pagi tadi, Selasa, 10 Nov 2009. Sebanyak 12 kumpulan yang dianggotai 6 pelajar setiap kumpulan dari kelas Biologi telah membuat persembahan. Persembahan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.45 ptg. Secara keseluruhan, semua kumpulan membuat persembahan yang baik. Kolokium Kali Pertama ini dinilai oleh Tuan Hj Baharudin Razali (PK Tingkatan 6), En. Fauzan Ahmad (Ketua Unit Kemanusiaan), Puan Salbiah Mohd Nor (Ketua Panitia Pengajian Am) dan En. Razali Samad.

Maklumat lanjut akan dipaparkan dilink kolokium.

KENEGARAAN : KETUA AGAMA ISLAM

Rabu, 4 November 2009

Seorang pelajar bertegas menyatakan bahawa Yang DiPertua Negeri / Ketua Menteri adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Sumber yang diperolehi ketika mengikuti tuisyen itu agak membimbangkan saya dan warga pendidikan Pengajian Am.Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan perkara tersebut:

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

MENJELANG STPM 2009 : Bahagian D

Selasa, 3 November 2009

Ramai calon menulis skala yang salah untuk paksi X. Kelemahan calon ini menyebabkan markah menjadi 6/6. Calon sepatutnya memilih skala yang sesuai untuk paksi dan dicadangkan untuk memilih skala yang mudah dikira seperti 2,4,6 dan seterusnya.

Pastikan calon menulis 1cm = (berapa) dan menulis skala di paksi mengikut saiz 1 cm.

MENJELANG STPM 2009 : Bahagian C

Isnin, 2 November 2009

Ramai pelajar mengatakan bahawa Bahagian C iaitu Kefahaman dan Ulasan Teks merupakan bahagian yang mudah. Walaupun bahagian ini mempunyai soalan yang pendek cuma 20 markah penuh, namun begitu bahagian ini memainkan peranan penting menyumbang markah keseluruhan yang baik untuk anda.

Kelemahan calon di dalam bahagian ini ialah untuk soalan (i) ramai calon menulis dalam bentuk 2 ayat. Calon semestinya menulis jawapan menggunakan 1 ayat sahaja. Mengapa? Ayat kedua yang ditulis oleh calon tidak akan diperiksa atau dinilai oleh pemeriksa. Masa calon terbuang begitu sahaja...

Begitu juga soalan (ii). Ramai calon menulis jawapan lebih 50 patah perkataan. Calon seharusnya peka bahawa jawapan selebihnya tidak akan diperiksa oleh pemeriksa.

Ingat pesanan cikgu... work smart!

MENJELANG STPM 2009 : Bahagian A dan B

Salam sejahtera kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan STPM. Mulai minggu ini, cikgu akan mengulas dan memberi beberapa panduan sebagai bekalan anda semua di dalam dewan peperiksaan kelak.

Ramai calon STPM lemah dalam Bahagian A dan B. Ramai calon mendapat markah 01 (menyeleweng penuh) kerana tidak mengikut kehendak soalan seperti soalan bertanyakan tentang "Pendatang Tanpa Izin" tetapi calon menulis berkaitan "Pekerja Indonesia".

Calon juga lemah dari segi mengenal pasti idea atau isi utama. Calon seharusnya melihat sesuatu idea itu secara keseluruhan sebelum fokus kepada huraian. Contohnya, calon menghuraikan jenis penyakit sebagai idea utama tetapi sepatutnya calon cuma perlu menulis "Penyakit" sebagai idea utama.

Calon juga tidak berjaya membuat kupasan atau penghujahan yang tidak bernas dan tidak kukuh. Calon lebih suka menulis ... dan sebagainya untuk mengelak daripada menulis contohh-contoh yang lain. Huraian juga kekurangan fakta dan maklumat terutamanya untuk laras sains yang memerlukan calon memberikan contoh yang ada kaitan dengan laras sains.

Ramai calon berjaya menulis esei dengan panjang melebihi 350 patah perkataan. Sebenarnya, calon hendaklah menulis esei tidak melebihi 350 patah perkataan kerana karangan yang selebihnya tidak akan diperiksa oleh pemeriksa.Menulis karangan yang panjang akan mencuri masa calon.

Akhir sekali, calon haruslah berlatih untuk menulis dengan tulisan yang kemas dan boleh dibaca. Kelemahan calon menulis dengan tulisan yang boleh dibaca akan mengakibatkan idea dan isi tidak dapat dikesan oleh pemeriksa.

Ingatlah, pendahuluan karangan yang menarik dan kesimpulan yang menarik dan relevan akan menjadikan karangan anda menarik minat pemeriksa untuk membaca....Selamat menjawab.

PENGUNJUNG BLOG PENGAJIAN AM KE 20100

Sabtu, 31 Oktober 2009

Alhamdulilah, pada hari ini Sabtu, 31 Oktober 2009 Jam 1213am, Blog Pengajian Am ini telah menerima pengunjung yang ke 20200. Terima kasih kepada semua pengunjung terutamanya guru-guru Panitia Pengajian Am, Sekolah Tinggi Kluang serta para pelajar Pra U 1 dan Pra U 2 yang tidak malu untuk memberi pelbagai komen kepada cikgu.

Terima kasih juga kepada Tuan Hj Wahid Bilaji (Pengetua Kanan STK) yang menjadi pendorong kepada merealisasikan penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran Pra U di Sekolah Tinggi Kluang. Semoga blog Pengajian Am yang mula bertapak pada 1 Julai 2009  akan terus maju... Terima kasih.

SCHOOLING: Long hours torture for pupils

Khamis, 22 Oktober 2009





http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/19SCHO/Article/index_html

I AM responding to V.W.'s letter of Johor Baru, "It's too taxing for students" (NST, Oct 12).
I'm an Upper Sixth student in a premier school in Kluang, Johor, that has implemented the new longer school session for Form Six since January. I couldn't agree more with V.W.

I believe the "masterminds" who proposed the new schooling hours for Form Six pupils had the noble intention of making Form Six schooling on a par with the matriculation colleges in the country.

However, they failed to take into account many other factors before implementing it.

These "masterminds" have ignored the fact that most schools offering Form Six classes do not have hostels, unlike matriculation colleges.

Many of us travel long distances to attend school and we wake up as early as 5am to catch the school buses, unlike matriculation students who stroll to their lecture halls or tutorial rooms. Can you imagine how tiring it is to wake up so early and return home at almost 5pm?

We do not have air-conditioned lecture halls which would help us avoid the heat and fatigue of long hours of schooling. Yes, we do get an hour's break, but where are we supposed to rest?

Our counterparts can go back to their hostel for a nap or a refreshing shower. What about food? Our parents have to fork out more money for us to buy food but our counterparts get free meals.

It is easy for bureaucrats at the Education Ministry to look for something "new" to implement without taking into account other people's problems.

They stand a good chance of getting promoted although we have to suffer long hours in stuffy classrooms.

If these educators really want to place Form Six on a par with matriculation, why don't they scrap the present examination-oriented Form Six and replace it with an evaluation system adopted by matriculation colleges?

Longer Form Six hours are window dressing. Just do away with it.



S.M. , Kluang
2009/10/20



MASALAH FATIN : Memahami Konsep Bahagian D dan E

Isnin, 19 Oktober 2009

Soalan Melalui Email ( walinet@streamyx.com )


salam.
sory kalau mengganggu cikgu..
saya ada masalah sikit. keputusan trial saya amat teruk ckg.. saya hanya dapat 31.. saya salah konsep untuk bahagian E di mana saya hanya dapat 1markah. selain tu saya lemah dalam membuat bahagian A dan B.. jarang saya dapat 10markah ke ke atas..

bantulah saya cikgu..
Fatin (JB)
 

Kebanyakan pelajar sukar memahami kehendak soalan di Bahagian D dan E. Masalah anda seperti juga masalah Zul dari Kluang. Cikgu akan bantu anda dengan memberi kata kunci dan tips untuk mengenali kehendak dan konsep soalan Bahagian D dan E. Masalah Bahagian A dan B boleh diatasi dengan mengikut petua 5 jari yang ada cikgu jelaskan di link blog cikgu www.pam900stpm.blogspot.com Apa yang penting, Fatin perlu lebih banyak membaca dan cuba menjawab soalan-soalan yang cikgu kemukakan dalam blog ini.

KATA KUNCI BAHAGIAN D

Ahad, 18 Oktober 2009

Soalan Melalui Email  ( walinet@streamyx.com)


askum cikgu,

Cikgu saya terkejut pertama kali dapat markah 01 pada bahagian D masa percubaan STPM.Oleh itu,saya berharap juga sedikan kata-kata kunci (contoh soalan) untuk mengesan media yang sesuai untuk digunakan pada bahagian D.Selain itu,pelajar kekurangan bahan contoh bahagian E dan kalau baca buku rujukan tidak mengikut apa yang sepatutnya tulis terutamanya pola.Bahagian E kurang faham terutamanya nak tulis alasan dalam perenggan yang lain atau dalam perenggan yang sama dengan analisis.
 
Drp:
Zul....Kluang
 

Cikgu akan menghantar kata kunci bagi setiap soalan kepada Zul kerana Zul berminat mencari cara untuk mendapat 15/15  ketika menjawab soalan D dan E. Pelajar lain kebanyakan hanya mempertikaikan dan persoalkan perkara yang remeh temeh dalam blog ini.

APA KATA CIKGU SUE ....

Sabtu, 17 Oktober 2009


Guru telah memberi tugasan dan latihan kepada para pelajar,bahkan seorang guru amat mengharapkan para pelajarnya dapat menyiapkan tugasan dan latihan yang diberikan dengan baik dan bersungguh-sungguh.Bahkan guru tersebut sanggup bergadai masa dan tenaga semata-mata untuk memberi semangat dan panduan kepada para pelajarnya...

Tetapi perkara yang diharapkan hanya tinggal harapan.Para pelajar tidak menyiapkan tugasan dan latihan yang diberikan dengan memberi pelbagai sebab yang dirasakan munasabah,,,bahkan,ada yang menyiapkan tugasan,tetapi tidaklah denga niat yang ikhlas dan usaha yang benar-benar tulus...
ADAKAH PELAJAR MEMAHAMI PERASAAN CIKGU PABILA DIPERLAKUKAN SEBEGITU???

KEBANYAKAN PELAJAR TIDAK SEDAR AKAN HAKIKAT BAHAWA SEORANG GURU JUGA ADALAH MANUSIA BIASA,MEREKA HANYA TAHU MENGANGGAP GURU ADALAH INSAN YANG HANYA PERLU MENDIDIK PELAJAR,MENULIS DI PAPAN HITAM,MENYEMAK LATIHAN,DAN MEMBERI ARAHAN SEWAJARNYA,.PELAJAR TIDAK AKAN PERNAH SEDAR BAHAWA AKAN ADA SUATU KETIKA MEREKA TELAH MENGGURIS DAN MELUKAI PERASAAN SEORANG GURU,LUMRAH MENJADI PELAJAR...YANG MEREKA TAHU,GURU TIDAK PERLU PUNYA HATI DAN PERASAAN..TETAPI SEDARLAH..GURU BUKAN UNTUK DILUKAI TETAPI DIHARGAI DAN DISAYANGI...

Bacalah cerita lanjut di http://cgsue4118.forumotion.com/motivasi-f12/student-jaga-hati-cikgu-vs-cikgu-jaga-hati-student-t175.htm

PERCUBAAN STPM NEGERI JOHOR 2009

Selasa, 13 Oktober 2009


Salam sejahtera. Ramai pelajar-pelajar dari luar negeri Johor inginkan kertas soalan percubaan peringkat negeri Johor. Untuk tidak menghampakan anda semua, di sini cikgu lampirkan kertas soalan PENGAJIAN AM KERTAS 2. Semoga anda semua dapat menjawab dengan cemerlang.

PANDUAN MEMBINA ESEI

Isnin, 12 Oktober 2009

Peperiksaan Percubaan STPM yang baru anda lalui membuktikan bahawa ramai pelajar tidak mahir dalam membina esei. Cikgu risau kerana kelemahan dalam membina esei akan mengurangkan markah anda semua. Cikgu harap sedikit panduan di MY BLOK LIST akan memantapkan lagi esei yang akan anda buat dalam peperiksaan STPM sebenar. Kunjungi blog itu untuk maklumat lanjut.

KONFLIK MALAYSIA DENGAN INDONESIA : Punca & Kesannya

Sabtu, 10 Oktober 2009



Pernah membaca sejarah konflik Malaysia -Indonesia pada masa Presiden Soekarno dahulu? Adakah sejarah itu bakal terulang? Kita akan melihat Konflik ini dari kaca mata Pengajian Am. Kita terlalu 'lebih kurang' dengan Indonesia? Malaysia terlalu 'bersopan santun' dan terlalu menjaga hati 'saudara'? Jika anda ada komen, sila hantarkan diruangan ini.

GAYA TERKINI BLOG PENGAJIAN AM

Rabu, 7 Oktober 2009

Hari ini 8 Okt 2009 telah mencatatkan sejarah kerana Blog Pengajian Am ini telah mendapat rupa dan nafas baru. Semoga dengan rupa yang baru ini akan terus menarik minat pelajar-pelajar seluruh Malaysia untuk mengunjungi blog ini. Cikgu akan sedaya upaya untuk melengkapkan blog ini dengan pelbagai maklumat terkini.

Terima kasih kerana terus menyokong blog ini.

TINGKATAN 6 DIJENAMAKAN SEMULA

Isnin, 6 Julai 2009

Kelas Tingkatan Enam di seluruh negara akan diasingkan atau dipindahkan dari sekolah menengah biasa ke sekolah khas sejajar penjenamaan semula yang akan dilaksanakan terhadap sistem pelajaran pada peringkat itu.

Langkah mengasingkan atau memindahkan Tingkatan Enam ke sekolah khas itu juga selaras dengan penjenamaan semula pelajar terbabit yang akan digelar mahasiswa dengan guru khusus disediakan bagi mereka seperti diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Kementerian Pelajaran akan melakukan penjenamaan semula terhadap pendidikan di Tingkatan Enam supaya lebih bercirikan sistem di universiti, termasuk memperkenalkan pembelajaran berbentuk kuliah dan tutorial.

Model yang sama telah berjaya dipraktikkan di Brunei, dengan setengah Tingkatan Enam mereka ditawarkan sama ada di sekolah khas atau pusat matrikulasi khas yang dikhususkan untuk Tingkatan Enam saja.Kementerian Pelajaran sedang berusaha ke arah merealisasikan langkah itu dan kekangan hanya dari segi peruntukan kewangan. Mereka percaya langkah penjimatan RM100 juta setahun yang sedang diambil kementerian akan membantu mewujudkan sekolah khas bagi pelajar tingkatan enam.

Langkah menaik taraf Tingkatan Enam selaras dengan statusnya sebagai pendidikan pra-universiti yang berperanan memperlengkapkan pelajar untuk menuntut ilmu dalam persekitaran institusi pengajian tinggi. Tingkatan Enam adalah kelas peralihan pelajar dari peringkat menengah ke peringkat tinggi jadi ia memerlukan persekitaran serta kemudahan khusus yang berbeza dengan sekolah menengah biasa.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang, berkata kementerian sedang mengkaji alternatif ini dan sekarang sedang menunggu keputusan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Tahun lalu, ada 180,630 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak memasuki Tingkatan Enam dengan kira-kira 127,879 memasuki aliran kemanusiaan, manakala 52,751 belajar dalam aliran sains.

TINGKATAN 6 : Kelebihannya?

SENARIO TINGKATAN ENAM SEMASA

Oleh
Hasbullah Hj Abu Kassim
Penolong Kaunselor Pentadbir, JPWP Kuala Lumpur

PENDAHULUAN

Keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA, 4 Mac 2003, menyatakan…, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon lepasan STPM & program Matrikulasi berbanding calon lepasan diploma untuk mengikuti kursus ijazah pertama di insitusi pengajian tinggi awam (IPTA)…, berdasarkan peraturan, jika calon lepasan diploma mempunyai keputusan peperiksaan yang sama dengan calon STPM dan Matrikulasi – maka KPM akan memberi tempat di IPTA kepada calon STPM dan Matrikulasi sahaja. Tambah KPM pula, pada tahun lalu lebih 16,500 lepasan diploma yang memohon mengikuti program ijazah pertama dan daripada jumlah tersebut hanya 3600 sahaja yang berjaya. Sementara itu, atlet sukan yang cemerlang dan pernah mewakili negara atau negeri akan diberi kelonggaran untuk memasuki IPTA berdasarkan kursus yang dipohon. Juga, KPM menyatakan 36,500 tempat bagi lepasan STPM 2002 untuk ke IPTA (Bertambah 11% tahun 2003 berbanding tahun 2002) dan ini menyebabkan persaingan sengit 17,00 lepasan Matrikulasi dan lulusan STPM yang berjumlah 40, 714 orang.

KELEBIHAN PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM

Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.

Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.

Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.

Syarat yang dikenakan untuk memasuki T6 juga mudah iaitu LULUS dalam SPM dengan KEPUJIAN 3 subjek termasuk BAHASA MELAYU serta berumur antara 17 hingga 20 tahun. Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN – calon mestilah memperolehi jumlah aggregat TIDAK MELEBIHI 8 unit bagi tiga subjek terbaik dan jurusan SAINS, calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dengan jumlah aggregat yang tidak melebihi 18 unit. ( Buletin KPM: WARTA PENDIDIKAN, Bil 2/1999 )

PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI

TINGKATAN ENAM
MATRIKULASI
Tempoh pengajian 3 semester
Sama
Aliran sains dan kemanusiaan
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Kos lebih tinggi
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Tidak diiktiraf oleh JPA
Setaraf A level
Kurikulum berpandukan STPM
Penghantar Bahasa Melayu
Sama
Pusat di sekolah seluruh negara
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

PENUTUP

Semoga dengan pendedahan ini akan meluaskan pengetahuan pelajar khususnya pelajar tingkatan 6 rendah yang baru mendaftar di sekolah ini. Yang terpenting, pelajar mempunyai semangat dan daya usaha yang kuat untuk berjaya dalam STPM.

Ingatlah, kejayaan seseorang pelajar dalam STPM itu bergantung kepada jumlah kapasiti USAHA pelajar itu sendiri – bukannya kepada faktor popular sesebuah sekolah ataupun nama sesebuah sekolah itu.

OK, TAHNIAH, SYABAS DAN SELAMAT DATANG KE ALAM FORM SIX !

SELAMAT DATANG

Jumaat, 26 Jun 2009

Saya ucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar tingkatan 6.

10 Tahun Bersama Cikgu hj Wahid Bilaji - Terima Kasih Cikgu! Slideshow: Razali’s trip from Johor, Malaysia to Kluang was created by TripAdvisor. See another Kluang slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
 
 
 

LAMAN PEMINAT

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6
Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan 6 Johor