PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)

PENGAJIAN AM BAHARU (MULAI SEPTEMBER 2012)
PENGAJIAN AM PENGGAL 1/2012

JOIN FACEBOOK PENGAJIAN AM

Dapatkan soalan-soalan percubaan dari semua negeri di Group Pengajian Am di www.facebook.com/groups/166833553374513/

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH KERANA MENGHARGAI BLOG INI

SOALAN RAMALAN KELUAR

SOALAN RAMALAN KELUAR

INFO TERKINI MAKLUMAT SENSASI

KURSUS PENYEBARAN SISTEM PENTAKSIRAN BAHARU STPM 2012 NEGERI JOHOR, 23-24 APRIL 2012

SOALAN DARI HAFIZ

Khamis, 27 Oktober 2011

Salam cikgu, cikgu, hafiz nak tanye tentang kata kunci dalam graf pengajiam am 2,mohon jasa baik cikgu bagi tips2 nak tahu graf apa yang biasa keliru graf garis dan bar, dan macam mana nak jawab soalan bahagian E yang jadual dan carta alir (nak jawab yang proses, bagaimana, aliran kadang2 keliru macam soalan percubaan johor 2011), mohon cikgu dapat membantu, terima kasih cikgu

ULANGKAJI UNTUK 3 MINGGU TERAKHIR SEBELUM STPM

Isnin, 24 Oktober 2011

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelajar STPM yang menyokong blog Pengajian Am ini. Cikgu doakan anda semua sihat, sejahtera dan terus mengulangkaji pelajaran.

Beberapa soalan telah dikemukakan kepada cikgu, insyaallah cikgu akan cuba menjawab dan semoga jawapan yang cikgu berikan akan menjadi panduan kepada anda semasa menduduki peperiksaan.

SOALAN RAMALAN 2011

Selasa, 4 Oktober 2011

1. Jenayah pemerdagangan manusia semakin membimbangkan dan usaha membanteras jenayah ini perlu dilaksanakan agar tidak terus berleluasa. Bincangkan.

Wujud kelemahan dalam tangani mangsa pemerdagangan orang: Hishammuddin


2010/03/31

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini mengakui masih wujud kelemahan daripada segi dasar kerajaan dalam menangani isu mangsa kegiatan pemerdagangan orang.

Justeru, katanya, Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan yang dilancarkan hari ini diharap dapat membantu membaiki kelemahan itu.
"Pemerdagangan orang membabitkan dua komponen iaitu penjenayah dan mangsa. Untuk penjenayah Malaysia mempunyai undang-undang yang mencukupi bagi menghukum mereka, namun untuk mangsa kita setakat ini hanya menumpukan kepada perlindungan, iaitu penyelesaian selepas ianya berlaku.
"Justeru, pelan yang kita lancarkan hari ini adalah untuk menangani kekurangan itu khususnya dalam menyediakan langkah-langkah pencegahan bagi melindungi mangsa, serta mendidik masyarakat kita akan seriusnya jenayah ini dan kesan negatif kegiatan itu ke atas mereka," katanya kepada pemberita di sini.

Hishammuddin sebelum itu melancarkan pelan itu yang menetapkan hala tuju dan fokus dalam usaha mencegah dan membanteras gejala pemerdagangan orang, yang dirangka bagi tempoh lima tahun dari 2010 hingga 2015.

Pelan itu antara usaha dan komitmen kerajaan dalam membanteras jenayah berkenaan mengandungi lima garis panduan yang antaranya menekankan kepada tindakan kerajaan menangani masalah itu, penyertaan masyarakat, layanan berasaskan hak asasi kepada mangsa, dan koordinasi antara agensi kerajaan berkaitan serta dengan badan-badan antarabangsa.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Mengulas isu sindiket yang menjadikan Malaysia sebagai transit bagi aktiviti pemerdagangan orang, Hishammuddin berkata aktiviti itu tidak seteruk seperti yang digambarkan sesetengah pihak.

"Imej negara banyak bergantung kepada persepsi luar, sebenarnya tindakan yang kita sudah lakukan sebelum ini jauh melebihi daripada tindakan negara-negara lain yang mungkin tidak mendapat persepsi yang sama.

"Kita tidak pandai masuk bakul angkat sendiri atau tidak pandai pukul gendang. Saya akui ada kelemahan tetapi tidaklah seteruk seperti yang digambarkan masyarakat antarabangsa," katanya.

Menjawab satu soalan, Hishammuddin berkata kerajaan tidak bercadang untuk menghapuskan kemudahan visa semasa ketibaan (VOA) meskipun terdapat kes penyalahgunaan di kalangan pelancong dari negara yang layak.

"Banyak negara yang kita telah tarik balik kemudahan VOA kerana menyalahgunakan kemudahan yang diberi namun kita tidak bercadang untuk hapuskannya terus kerana ada beberapa negara tidak mendatangkan masalah kepada kita. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu pula dibakar," katanya.

Sementara itu, Shahrizat berkata beliau berharap kerajaan dapat mewujudkan lebih banyak pusat perlindungan wanita dan kanak-kanak mengikut zon memandangkan 80 peratus mangsa pemerdagangan manusia adalah wanita dan kanak-kanak.

"Sekarang ini kita ada tiga tempat perlindungan, satu untuk wanita dan dua untuk kanak-kanak. Sehingga kini lebih daripada 400 wanita dan 44 kanak-kanak diselamatkan dan diletakkan di sini dan daripada jumlah itu seramai 159 wanita dikenalpasti sebagai mangsa.

"Banyak mangsa dibawa ke sini untuk tujuan pelacuran, buruh paksa dan lain-lain tujuan tidak elok. Jika dibiarkan angkanya akan meningkat dan membawa masalah sosial," katanya. - Bernama

SOALAN PERCUBAAN STPM NEGERI JOHOR 2011

Selasa, 27 September 2011


Kepada para pelajar yang dikasihi. Anda boleh memberikan idea utama untuk soalan No. 1 Bahagian A ini. Anda boleh bandingkan jawapan anda dengan skema yang akan cikgu uploadkan dalam blog ini.

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2011

Jumaat, 19 Ogos 2011


SOALAN RAMALAN 2011

1. mawarputih - assalamualaikum. sekadar share. antara topik yg dijangka ialah oku, globalisasi, biotek, penyakit kronik, pemakanan tambahan, pasaran produk halal, globalisasi, peningkatan harga barang, sukan dan krisis makanan berkhasiat. ini hanya ramalan. kita sebagai pelajar jgn bgantung sepenuhnya.


Contoh Soalan

Tema : Penyakit Kronik

1. Kini bukan sahaja pencemaran alam mengancam kesihatan manusia, malah perubahan cara hidup juga menjadi puncanya. Bilangan rakyat yang mengalami penyakit kronik semakin meningkat. Terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan peningkatan penyakit kronik dalam kalangan rakyat di Malaysia. Bincangkan.

2. Kehidupan manusia pada alaf moden ini diancam oleh pelbagai jenis penyakit yang berbahaya kerana kecuaian dan cara hidup manusia. Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini?

Tema : Makanan

1. Pengambilan makanan suplemen seperti pil vitamin semakin penting dalam kehidupan manusia masa kini. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan boleh menjejaskan kesihatan. Bincangkan.

PERTANDINGAN KOLOKIUM PERINGKAT DAERAH KLUANG 2011

Ahad, 29 Mei 2011

Pertandingan Kolokium Peringkat Daerah Kluang akan diadakan pada 16 Jun 2011. Semua sekolah boleh mendapatkan borang pemarkahan untuk tujuan pemantauan. Sila download borang tersebut di bawah.


SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA

Khamis, 21 April 2011

Badan Kehakiman

Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.


Fungsi Badan Kehakiman

Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim

Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

TEMA LARAS SAINS : PENYAKIT MENTAL

Isnin, 28 Februari 2011

PENYAKIT MENTAL

Penyakit mental adalah istilah umum yang merujuk kepada sekumpulan penyakit-penyakit mental. Seseorang yang mendapat penyakit mental mengalami gangguan fungsi mentalnya. Penyakit mental boleh berbeza dari segi tahap keterukannya, jangkamasa sakit dan tahap gangguan terhadap aktiviti harian. Penyakit mental boleh bersifat sementara dan boleh berulang-ulang di sepanjang hayat seseorang. Kebanyakan pengidap penyakit mental hanya mengalami satu episod sahaja, tidak serius dan pulih dengan sempurna selepas rawatan.

Akibat dari salah faham mengenai penyakit mental, pesakit dan keluarga mereka kadang-kadang dicemuh dan disisih dalam masyarakat.

Pada umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada dua kumpulan ;

* Penyakit-penyakit psikosis.
* Penyakit-penyakit bukan-psikosis (neurosis)

Penyakit Psikosis

Pada tahap teruk, seseorang yang mengalami penyakit mental psikosis mungkin kehilangan hubungan dengan alam nyata. Kebolehan seseorang memahami pemikiran dan perasaannya serta rangsangan dari luar terganggu di tahap teruk ini. Mereka merasai persekitarannya berbeza dengan orang yang normal. Apa yang mereka lihat, dengar dan rasai sebagai sesuatu yang benar tetapi tidak dialami oleh orang di sekitarnya. Pesakit mungkin bertindak di atas apa yang dialami dan tingkahlakunya mungkin kelihatan “luar biasa”. Orang-orang yang tidak biasa dengan tingkahlaku dan pengalaman mereka mungkin sukar memahami akan kekeliruan dan ketakutan pesakit psikosis dan melihatnya sebagai sesuatu yang menakutkan.

Pada masa dahulu pesakit mental psikosis diasingkan dan dipisahkan dari masyarakat. Tetapi, pada hari ini, dengan adanya rawatan dan ubatan yang berkesan, kebanyakan mereka dapat menjalani kehidupan yang produktif dan bermakna.

Diantara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah skizofrenia dan psikosis manik depresif.

Penyakit-penyakit Bukan Psikosis

Mungkin kita pernah mengalami perasaan sedih, resah dan tertekan. Pengalaman ini merupakan pengalaman biasa dalam kehidupan kita. Apabila perasaan biasa ini dan tingkahlaku tertentu berlaku secara berlebihan, tidak terkawal dan berlarutan sehingga mengganggu kehidupan seseorang dalam menjalani aktiviti harian, hubungan dengan orang lain dan keupayaan seseorang untuk menikmati keseronokan hidup, ia mungkin mengalami salah satu penyakit mental jenis bukan psikosis (neurosis).

Di antara penyakit-penyakit jenis ini termasuklah fobik (ketakutan yang tidak berasas), keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan obsessif kompulsif.

RAWATAN UTAMA PENYAKIT MENTAL

Seperti penyakit fizikal, penyakit mental juga boleh diubati. Apabila seseorang mengalami penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan. Maklumat terus terang dan tepat dapat membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan diagnosa dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan untuk penyakit mental. Rawatan yang diberikan kepada sesesorang bergantung kepada jenis penyakitnya dan keperluan individu.

Rawatan-rawatan Utama Yang Selalu Digunakan

Psikoterapi dan kaunseling

Kaunseling boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu.

Rawatan psikotropik

Terdapat berbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat psikotropik yang digunakan untuk rawatan penyakit mental. Ubat-ubatan antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis. Sementara ubat-ubatan jenis lain boleh mengurangkan tekanan, kemurungan dan keresahan (anxiety) sehingga pesakit dapat mengendali gejala-gejala penyakitnya dengan lebih baik. Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama sebelum memberi kesan. Bagaimanapun, pengambilan ubat-ubatan jenis ini mestilah mendapat nasihat dari pengamal perubatan yang sah. Sebahagian pesakit mental perlu meneruskan pengambilan ubatan psikotropik untuk jangka masa yang panjang sepertimana rawatan fizikal, contohnya penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Rawatan tingkahlaku

Rawatan jenis ini memberi tumpuan kepada membantu pesakit mengubah cara berfikir atau tingkahlaku yang tertentu yang mengganggu dan menimbulkan gejala penyakit. Terdapat berbagai jenis rawatan tingkahlaku yang boleh digunakan untuk merawat penyakit mental tertentu. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan jenis ini.

Rawatan elektrokonvulsif

Rawatan elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah merentasi otak seseorang. Rawatan jenis ini adalah selamat, tidak berbahaya dan biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan yang serius. Sebelum rawatan diberikan, seseorang itu akan diberi bius.

Diterbitkan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia

TAHUKAH ANDA ?

Selasa, 22 Februari 2011


Tahukah Anda?

Pada Julai 2008, Melaka dan Georgetown dipilih sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kategori kebudayaan manakala Taman Negara Kinabalu (Sabah) dan Taman Negara Mulu (Sarawak) diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia kategori Tapak Semulajadi pada tahun 2000.

TAHNIAH ...

Cikgu ucapkan tahniah kpd semua pelajar ... sila hantarkan keputusan PA anda ke Facebook cikgu ..

TEMA MINGGU INI : SENI WARISAN NEGARA

CONTOH SOALAN:
Bandaraya Bersejarah Melaka telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Bincangkan kesan daripada pengiktirafan tertinggi tersebut kepada negara Malaysia.

Apakah maksud Tapak Warisan Dunia UNESCO?

7 Julai 2008 merupakan tarikh yang cukup bermakna bagi negara kita. Pada tarikh ini, dua tempat bersejarah di negara kita iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD) bagi kategori bandaraya (Bandaraya Warisan Dunia - BWD). Pengiktirafan ini dilakukan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sebelum ini, pada tahun 2000, Taman Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak turut diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia bagi kategori alam semula jadi.
Tahukah adik-adik apakah yang dimaksudkan sebagai ‘Tapak Warisan Dunia’? Apakah kelebihan tapak ini dan apakah ciri-ciri yang diperlukan untuk mendapat pengiktirafan tersebut?

Definisi Tapak Warisan Dunia (TWD)
Tapak Warisan Dunia bermaksud sesuatu yang mengandungi nilai sejarah yang tinggi, yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Misalnya hutan, gunung, tasik, padang pasir, monumen, bangunan, kompleks dan bandar.

Pemilihan Tapak Warisan Dunia
Pemilihan Tapak Warisan Dunia tertakluk di bawah Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO. Program ini ditadbir oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO yang terdiri daripada 21 buah negara.

Apabila kerajaan Malaysia menghantar pencalonan ke atas Melaka Bandaraya Bersejarah dan Georgetown untuk dinilai oleh Komiti Warisan Dunia UNESCO, kesemua 21 buah negara yang terlibat telah bersetuju mengiktiraf kedua-dua bandaraya ini sebagai Bandaraya Warisan Dunia.

Nota: UNESCO (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) ialah badan dunia yang ditubuhkan pada 16 November 1945 bagi mempromosi inisiatif kerja sama antarabangsa bagi hal ehwal berkaitan pendidikan, sains dan kebudayaan. Badan mempunyai 190 negara ahli termasuk Malaysia.

Kepentingan Tapak Warisan Dunia
Apabila sesuatu warisan itu telah diiktiraf sebagai TWD, hal ini akan dapat meninggikan lagi nilai khazanah warisan itu. Warisan tersebut akan dilindungi sepenuhnya dan dipelihara keaslian dan mutunya untuk tatapan generasi seterusnya.

Apabila kerajaan negara kita telah mendapat pengiktirafan TWD bagi Melaka dan Georgetown, satu jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan kedua-dua tempat ini terus terpelihara dan dapat mengekalkan status tersebut. Jawatankuasa tersebut, yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan untuk Tapak Warisan Dunia Melaka dan Georgetown, dipengerusikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Jawatankuasa inilah yang bertindak memelihara dan memulihara kedua-dua Tapak Warisan Dunia tersebut daripada segala bentuk tindakan yang boleh merosakkan nilai sejarah yang ada sehingga menyebabkan pengiktirafan tersebut ditarik balik oleh UNESCO.

Sekiranya status tersebut ditarik balik, hal ini merupakan kerugian kepada negara kerana tapak itu tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada para pelancong, manakala generasi akan datang tidak lagi dapat menatap sejarah yang pernah berlaku di negara mereka.

Bagi memastikan Tapak Warisan Dunia dijaga dan dipelihara dengan rapi, Program Warisan Dunia Antarabangsa UNESCO sentiasa membuat lawatan dari semasa ke semasa ke tapak-tapak tersebut.

Pemilihan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia
Adik-adik, untuk mendapat status Tapak Warisan Dunia bukanlah perkara yang mudah. Kerajaan Malaysia sendiri telah berusaha sejak tahun 2001 supaya Melaka dan Georgetown diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia. Selepas tujuh tahun, barulah negara kita menerima pengiktirafan tersebut, iaitu setelah semua ciri-ciri yang diperlukan berjaya dipenuhi.

Apakah keistimewaan Melaka dan Georgetown sehingga berjaya dipilih sebagai Bandaraya Warisan Dunia?
Melaka dan Georgetown sememangnya mempunyai ciri-ciri sejarah yang istimewa. Melaka dan Georgetown merupakan bandar di pinggir Selat Melaka yang telah dibangunkan sejak lebih 500 tahun dahulu sebagai pusat pertukaran barangan dan budaya antara Timur dan Barat.

Pengaruh Asia dan Eropah dapat dilihat di bandar ini sehingga ke hari ini, sama ada secara langsung dan tidak langsung. Pengaruh ini dapat dilihat pada bangunan, tempat ibadah dan kubu yang dibina.

Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf di Melaka merangkumi kawasan seluas 214.6 hektar. Kawasan ini melibatkan zon sekitar Bukit St. Paul yang terdiri daripada bangunan-bangunan kerajaan, muzium, gereja dan kubu tinggalan Portugis dan Belanda serta Bukit Cina, serta kawasan kediaman dan kawasan zon perniagaan bersejarah yang merangkumi 600 rumah kedai, premis perniagaan dan bangunan tempat tinggal, rumah-rumah ibadat dan makam-makam.

Bukit St Paul, Melaka

Manakala di Georgetown, kawasan yang dipilih ialah kawasan seluas 259.4 hektar. Kawasan ini termasuk Lorong Love, Pengkalan Weld Lebuh Pantai, Jalan Masjid Kapitan Keling, Lebuh Light, Lebuh Bishop, Lebuh Pasar serta beberapa lebuh lain.

Komitmen Kerajaan dan Rakyat
Kita harus berbangga dengan pengiktirafan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia. Dengan itu, wajarlah kita menyintai tanah air kita terutamanya khazanah warisan negara yang cukup tinggi nilainya di kedua-dua tempat ini. Maka, bersama-samalah kita memulihara khazanah ini supaya pengiktirafan ini kekal sampai bila-bila.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Rabu, 19 Januari 2011

Hari ini merupakan minggu ke 3 kita bersekolah. Cikgu mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar Pra U di seluruh negara. Cikgu juga mengucapkan jutaan terima kasih kerana sokongan anda telah memantapkan lagi blog Pengajian Am ini.

Cikgu turut berterima kasih kepada pengunjung blog cikgu yang turut memberi pelbagai komen demi menjadikan blog Pengajian Am ini sebagai sebuah blog yang mantap.

10 Tahun Bersama Cikgu hj Wahid Bilaji - Terima Kasih Cikgu! Slideshow: Razali’s trip from Johor, Malaysia to Kluang was created by TripAdvisor. See another Kluang slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
 
 
 

LAMAN PEMINAT

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6

WADAH KECEMERLANGAN TINGKATAN 6
Majlis Perhubungan Pengetua Tingkatan 6 Johor